HARI ini akhbar Berita Harian mendedahkan menjelang musim perayaan akan datang, Hari Raya Aidilfitri &
Aidiladha DAGING SEGAR dijangka akan naik 100% dimana sekarang dijual
dengan harga RM24 – RM 28 sekilo dijangka akan mencecah RM40 sekilo.
Bagi mereka yang menyertai korban dan kekurangan wang dinasihatkan
untuk siap tabungan untuk membiayai kenaikan kos lembu hidup. APA DAH
JADI? MACAM MANA JADI MACAM NI?
Dalam RMK-9 Kerajaan Malaysia
telah meluluskan penubuhan NFC (National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.
(NFC) ) pada tahun 2008 bertujuan untuk menternak dan mengedar daging
segar untuk rakyat negara ini. Disamping menternak sendiri difahamkan
NFC menyediakan projek payung mengalakkan penternak kecil menternak dan
membekal lembu hidup kepada NFC.
Rancangan yang menarik kerana
usaha ini pasti akan mengurangkan kos mengimpot lembu hidup atau daging
lembu daripada luar. Lalu pihak kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250
juta dan Geran Kerajaan RM 6 juta. NFC juga di berikan tanah berbentuk
pajakkan seluas 5000 ekardi Gemas, Negeri Sembilan kepada NFC.
Berdasarkan namanya NFC sepatutnya menjadi syarikat nasional yang
mengeluarkan daging lembu segar tapi telah diserahkan kepada suami Ketua
Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Datuk Dr. Mohamad Salleh
Ismail. NFC menjadi syarikat milik penuh keluarga Datuk Seri Sharizat
Abdul Jalil.
Sayang semuanya hancur dan dan kesannya rakyat
terpaksa menanggung akibat. Jika semua ini berjalan dengan baik maka
Malaysia akan menjadi “BELANDA TIMUR”.
Saturday, 12 April 2014
Monday, 7 April 2014
BETULKAN NIAT
Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah
tidak melihat rupa mu, dan tidak melihat harta mu, dan tidak melihat
keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu”.
Setiap Amalan atau perbuatan Bergantung pada NIAT. Apa saja yang kita buat biarlah IKHLAS semata-mata kerana Allah dari sekecil-kecil perkara misalnya membuang pelepah kelapa yang menghalangi jalan hingga perkara yang besar seperti membantu kawan yang menghadapi musibah atau meringgankan bebannya atau meyibarkan risalah Allah dan sebagainya, perlu disertai dengan NIAT kerana ALLAH bukan sebab yang lain. Kita boleh mengatakan memang itu kerana ALLAH tapi hakikatnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Para Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat. Begitu jugalah dengan perbuatan-perbuatan lain kalau dibuat bukan kerana Allah akan menjadi sia.
Niat yang ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah atau perbuatan adalah terletak dihati. Niat inilah menjadi ibu dalam semua amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan. Ibadah dan pekerjaan kita akan terbatal dan tidak dipandang oleh Allah s.w.t apabila tidak ada niat atau niatnya menyempang dari tujuan asal.
JESTERU ITU PEBETULLAH NIAT DAN TINDAKAN KITA SUAPAYA KITA TIDAK TERMASUK ORANG YANG RUGI, BUAT PERKARA BAIK TAPI MENJADI SIA-SIA. MISALNYA ORANG BERNIAGA, BARANG SEMUA HABIS ORANG TENGOK LAKU DAN PASTI UNTUNG TAPI UNTUNGNYA ENTAH KE MANA KERANA SILAP PENGKIRAAN.

NAK YANG BAIK-BAIK BELAKA
RAMAI orang pasang niat nak isteri,suami, kekasih hati malah sahabat
dan kawan yang baik-baik saja. Jadi pastikan kita juga benar-benar baik.
Bukan baik hanya lakonan untuk orang mengatakan kita baik tapi baik yang sebenar.
Firman Allah Surah An Nur ayat 26 : Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
ALLAH TIDAK PERNAH MENIPU KITA. HANYA KITA YANG MENIPU DIRI KITA MALAH ALLAH. JADI KALAU KITA DAPAT ISTERI, SUAMI, KEKASIH, SAHABAT DAN KAWAN YANG TAK BAIK BERMAKNA KITA PUN TAK BAIK MAKA SULUHLAH DIRI KITA SENDIRI.

Sunday, 23 March 2014
ADAKAH TUHAN ADA AKAUN MEDIA SOSIAL?
Saya sering terlihat kawan-kawan FB pos dan tag pelbagai doa di media social. Saya terpangil untuk mengulas setelah terbaca status Murali Abdullah dalam FB yang bertanya untuk apa doa ditulis di FB. Beliau adalah seorang pengarah drama dan saudara baru kita.
Saya Share dan melontarkan pendapat saya mengenai itu. Kali ini saya akan ulas sikit dengan panjang lebar bab doa yang ditulis dalam FB atau media social lain. Kita harus ingat DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN. Doa merupakan permohonan kita kepada Allah Azzawajalla jadi untuk apa kita muat pos dan tag kepada kawan-kawan. Dan kalau kita katakan senjata, senjata semua di simpan dan di sorot.
JADI PERSOALANNYA UNTUK APA KITA PAPARKAN DOA ITU DI FB MALAH ADA YANG TAG BERJELA-JELA KEPADA RAKANNYA? ADAKAH KERANA KITA INGIN MEMBERITAHU KEPADA ORANG DOA YANG DIBACA? Untuk apa kita hendak memberitahu orang doa yang kita baca? Malah kalau kita berdoa untuk kawan dan tanpa pengetahuannya adalah lebih baik dan lebih mudah dikabulkan Allah.
LAGI SATU PERSOALAN TIMBUL ADAKAH TUHAN MEMBUAT AKAUN MEDIA SOSIAL SEHINGGA PERLU KITA MUATKAN DAN TAG KEPADA RAKAN-RAKAN KITA?
PERSOALAN LAIN, ADAKAH BENAR DOA ITU DIBACANYA KETIKA MEMPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA? Kalau tak kita adalah manusia hipokrit. Jadi apa tujuannya kita muat naik doa itu dan tag kepada kawan-kawan?
MUNGKIN DOA ITU SEKADAR UNTUK MENARIK PERHATIAN RAKAN UNTUK MENYATAKAN KITA, BAIK BERIMAN DAN BERTAKWA DAN MENULIS KOMEN DI BAWAH STATUS ITU? Kalau inilah nawaitunya maka amatlah kurang baik malah akan menimbulkan riak dan bermegah-megah. Kalau inilah tujuannya hentikanlah perbuatan sia-sia ini. Perbuatan baik tapi memberikan kesan negative terhadap diri kita sendiri.
Harus diingat, doa yang berunsur peribadi tidak selayaknya didengar oleh orang lain, yang merupakan privasi seseorang, tidak selayaknya disebarkan. Seperti doa penyesalan atas perbuatan maksiat dengan menyebutkan bentuk maksiat yang dilakukan. Atau doa yang isinya keluhan masalah pribadi, yang tidak selayaknya diketahui orang lain.
Sabda Rasulullah :
“Setiap umatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali orang-orang melakukan mujaharah (terang-terangan bermaksiat), dan termasuk sikap mujaharah adalah seseorang melakukan sebuah perbuatan dosa di malam hari, kemudian pagi harinya dia membuka rahasianya dan mengatakan, ‘Wahai fulan, tadi malam aku melakukan seperti ini, seperti ini’, padahal Allah telah menutupi dosanya. Di malam hari, Allah tutupi dosanya, namun di pagi hari, dia singkap tabir Allah pada dirinya”. (HR. Bukhari 6069).
Namun begitu doa umum seperti menurunkan hujan, doa pagi dan petang dan sewaktu dengannnya dibolehkan dan tidak ada masalah.
Kalau kita memeohon pekerjaan ada tatacaranya sebelum diterima bekerja. Maka samalah kalau kita berdoa ada adapnya untuk Allah kabulkan doa kita. Kalau kita tidak mengikuti adapnya maka pasti Allah Azzawajalla tidak akan kabulkan. Kalau kita tahu Allah tidak kabulkan jadi untuk apa kita berdoa di media social.
Doa merupakan salah satu bentuk ibadah, sesuai dengan sabda Rasulullah saw., ”Doa itu adalah ibadah” (H.R. Tirmidzi). Sebagai suatu ibadah, berdoa hendaknya dilakukan dengan cara yang baik dan benar sebagai berikut.
ANTARA ADAP BERDOA IALAH :-
- Berdoa hanyalah ditujukan kepada Allah Swt. semata-mata, tidak boleh kepada benda-benda lain dan tidak boleh melalui perantaraan orang-orang yang sudah meninggal. Berdoa harus langsung ditujukan kepada Allah Swt.
- Merendahkan suaranya sekadar dapat didengar sendiri atau orang yang ada di sisinya. Juga Merendahkan diri dan menundukkan hati.
- Berdoa harus disertai dengan usaha
- Hendaknya meminta yang pantas dan bermanfaat bagi dirinya.
- Sebelum berdoa, hendaknya memuji Allah Swt. dan membaca selawat untuk Rasulullah saw.
- Memakai bahasa yang sederhana yang menunjukkan kerendahan hati. Lebih baik doa itu singkat dan padat.
- Melaksanakan adab batin dalam berdoa yaitu menghadapkan diri sepenuhnya kepada-Nya dan berdoa kepada Allah Swt.
- Yakin bahwa doanya akan dikabulkan oleh Allah Swt
- Memakan makanan dan memakai pakaian dari yang halal.
- Hendaknya memilih waktu-waktu yang mudah dikabulkan doa
JADI BERHATI2LAH DALAM KITA MENULIS DOA DI MEDIA SOSIAL KERANA TUHAN TIDAK ADA AKAUN MEDIA SOSIAL DAN BERDOA ADA ADAPNYA UNTUK DIKABULKAN DOA. JADI KALAU TUHAN TAK ADA AKAUN DAN PELUANG UNTUK TUHAN KABULKAN DOA ITU TIDAK ADA, JADI UNTUK APA? SUPAYA KAWAN-KAWAN KATA KITA BAIK SELALU BERDOA? KALAU ITULAH NAWAITUNYA BUKAN PAHALA YANG KITA DAPAT MALAH KITA MENANGGUNG DOSA ATAS PERBUATAN YANG BAIK KERANA NAWAITU KITA TIDAK BETUL.
Thursday, 13 March 2014
MISTERI KEHILANGAN MH 370
KINI sudah 6 hari kapal terbang milik MAS MH 370 hilang
begitu saja. Kejadian masih menjadi satu misteri. Bagaimana kapal terbang yang
besar serta canggih boleh hilang begitu saja?
Kalau kapal terbang itu mengalami masalah teknikal dan
terhempas di laut pasti ada yang melihatnya kerana perairan Laut Cina Selatan
agak sibuk. Sudah pasti Kapten Zaharie Shah
dan Pembantunya Farid Abdul Hamid akan memaklumkan kepada menara kawalan yang kapal terbangnya
mengalami kerosakan. Dan kalau benar ianya terhempas di Laut Cina Selatan
dengan segala jentera mencari dan penyelamat pasti boleh dijumpai.
Dan sekiranya ia terhempas didaratan pasti pesawat itu akan
meletup dan terbakar dan mudah di kesan. Jadi ke mana menghilangnya kapal
terbang itu? Adakah ia meletup di udara
diketinggian 35,000 kaki? Jika ini terjadi dan letupan itu angkara penganas
sudah pasti kapten kapal terbang gagal menghubungi menara kawalan. Namun begitu
mugkin juga menara kawalan dan mengesan objek yang meletup.
Sekiranya benar terlahan ini sepihan letupan itu tidak akan
mudah dan mengambil masa turun ke bumi
kerana udara di atas mengapungkan benda. Sebagai contoh apabila kita menaikan
wau dan apabila sudah berada di atas kita tidak perlu lagi menaikannya
sebaliknya melepas tali biar ia terus naik.
Dan satu kemungkinan lain mungkin kapal terbang ini dirampas
dan dimatikan semua saluran komunikasi dan mendarat di satu destinasi yang
tidak diketahui. Perampas bukan bertujuan memeras ugut tetapi mengsabotajkan sesuatu,
mungkin sobotaj ekonomi dan sebagainya. Pekerjaan ini didalangi oleh satu kuasa
besar. Ini semua serba mungkin.
Apa pun hanya Allah Yang
Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik kehilangan penuh misteri
MH 370 ini. Disebalik usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan serta
doa dan pengharapan kita agar menemuinya kita perlu mengambil IKTIBAR apa yang
berlaku. Rasulullah telah bersabda :
وَمَنْ
سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim,
Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).
Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaayhi Wassalam juga pernah naik
ke atas mimbar dan menyeru dengan suara yang tinggi, "Janganlah kalian
menyakiti kaum Muslim, janganlah menjelekkan mereka, janganlah mencari-cari
aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudara sesama Muslim,
Allah akan mencari-cari auratnya. Dan, siapa yang dicari-cari auratnya oleh
Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun ia berada di tengah tempat
tinggalnya." (dari Abdullah bin 'Umar)
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari &
Muslim serta Abdullah bin ‘Umar melarang kita membuka keaiban orang. Jadi di
sini cuba kita lihat bagaimana selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan dan
dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Dan yang terbaharu kes Liwat ke 2 yang
telah di menangi oleh Datuk Seri Anwar telah dibuka dan diputuskan dengan tergesa-gesa lantaran mengagalkan
rancangan “Langkah Kajang”nya. Kita dapat lihat dari awal kes ini tanpa sebarang prejudis terlalu banyak
persoalan yang meragukan. Perkara ini hanya Allah yang tahu kebenarannya.
Jesteru itu kini dengan Misteri Kehilangan ini mungkin qada
Allah Azawajalla kepada negara kita di mana hari ini negara kita mengalami aib
di seluruh dunia. KEAIBAN YANG PERTAMA, BAGAIMANA MEREKA YANG MENGGUNAKAN PASPORT
PALSU BOLEH MELEPASI PINTU KELUAR MASUK NEGARA. Ini menunjukkan kelemahan sistem
keselamatan di pintu keluar masuk negara.
Misteri kehilangan MH370 membuatkan beberapa negara telah
menghantar kapal perang dan selam mereka ke lokasi yang dikenal pasti, sedangan
kita tidak menghantar kapal selam Scorpene
yang kita beli dengan harga EURO 1 Bilion. Pihak berkuasa telah
memberikan alasan tetapi apa pun alasan pihak lain telah menghantar kapal selam
dan perang mereka, mengapa kita tidak menghantarnya? Dan kita boleh menguji
keberkesanannya. Saya yakin kapal selam yang kita beli ada masalah untuk
digunakan. INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG SELAMA INI ADA KEBENARANNYA. INI JUGA MENGAIBKAN KERAJAAN
YANG MEMPERTAHANKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM ITU.
Disamping itu penyelarasan maklumat semasa kejadian juga
tidak menyakinkan dan ketinggalan. Sedang kita baru mengeluarkan nama dan
gambar dua orang warga Iran yang lolos
mengunakan pasport palsu pihak Interpol telah mengeluarkan kedua-duanya.
Laporan awal pihak DCA terdapat 5 bagasi yang mana penumpangnya tidak menaiki
kapal terbang akhirnya Ketua Polis Negara menafikan. Sedang pihak MAS
mengatakan mereka hilang hubungan 1 jam lepas penerbangan pihak tentera
mengatakan mereka mendapat signal yang kapal terbang itu berpatah balik. Begitu
juga pihak Imigresen menyatakan dua orang Iran itu menggunakan pasport yang
sama ketika masuk dan keluar sedangkan pihak Interpol mengatakan mereka
menggunakan pasport Iran ketika masuk. Semua maklumat ini gagal diselaras
dengan baik membuktikan pengurusan kita menghadapi krisis amat lemah dan
memalukan.
Inilah pengajaran yang dapat kita kita ambil iktibar
daripada misteri kehilangan MH370 yang masih tidak diketahui dimana dan
bagaimana nasib penumpang dan krew penerbangan itu. Kita doakan mereka selamat.
Friday, 11 October 2013
PERTEMUAN UNTUK PEMBIKINAN DRAMA
Sedang menunggu untuk masuk 'Production Meeting' dengan Pegawai Bahagian Drama TVi di RTM baru-baru ini. Bersama saya Producer muda Aida Othman, Pengarah Drama Khalid Sulaiman fdam, dan sahabat saya Omara seorang pengiat Boria di Pulau Pinang yang bakal bertindak selalu Local Production Manager.
Tajuk drama ini "PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI" dan pergambarannya bakal di buat di Pulau Pinang dan sekitar Gunung Jerai. Pergambaran dijangka dibuat pada bulan November atau Disember ini.
Selepas "Production Meeting" dengan pegawai TVi kami mengadakan "Production House Meeting" di kantin RTM yang mana turut serta Phang Yau Nazri yang akan bertindak selaku Production Manager dan turut serta Pelakon Shaharudin Thamby yang kebetulan ada di situ yang bakal membawa watak Datuk Seri Khairudin.

Subscribe to:
Posts (Atom)