Bagaimana Aku Menemui Kebahagiaan
Aminah Amatullah, Wanita Jerman Dapat Hidayah Melalui Internet
Aku dilahirkan pada tahun 1968 di Hannover sebuah bandar besar di Jerman. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian, dan aku juga menganut kristian protestant. Aku percaya akan konsep ketuhanan tetapi aku hairan aku tidak pernah mempratikkan agama yang aku anuti.
Kalau aku sembahyang aku menyembah Tuhan bukannya Jesus seperti penganut kristian yang lain. Aku tidak pernah pergi sembahyang di gereja merasakan tidak perlu kerana kita boleh buat benda yang sama di rumah.
Apabila umurku meningkat ke- 22 tahun, aku berkahwin dengan seorang penganut kristian khatolik dan telah dikurniakan tiga orang anak yang comel. Aku sering memberitahu anak-anakku yang Tuhan sentiasa dekat dengan mereka dan akan dilindungi oleh malaikat.
Aku langsung tidak bahagia dalam perkahwinan itu. Suamiku juga mula berubah dan sudah tidak mahu bercakap masalah dirinya dengan aku. Lama kelamaan perkahwinan kami retak. Pada masa itu aku merasakan satu kehilangan yang cukup besar dalam sejarah hidupku.
Pada tahun 1998, aku berpindah ke Wernigond sebuah bandar kecil di timur Jerman untuk tujuan perniagaan dan aku amat berharap perpindahan ini akan dapat menyelamatkan perkahwinan kami.
Apabila anak kecilku mula memasuki tadika aku kembali bekerja. Salah seorang teman sekerjaku adalah seorang muslim. Tanpa aku sedari kawanku itu telah mengajar beberapa perkara mengenai Islam.
Setahun kemudian aku merasakan terdapat perubahan besar dalam diriku. Aku sudah boleh menerima kenyataan hidup samada baik atau buruk. Aku yakin semua itu adalah ketentuan Tuhan dan aku mula menjadi kuat.
Selepas 10 tahun berumahtangga akhirnya musnah jua walaupun aku amat takut ditinggalkan suami. Aku memikirkan bagaimana aku hendak hidup untuk membesarkan tiga orang anak. Jalan Tuhan kadang-kadang begitu misteri.
Beberapa bulan kemudian aku mendapat jawapan. Semua jawapan itu aku perolihi ketika pertama kali mengenal dunia internet. Aku mengenali seorang lelaki dan dia tak pernah memberitahuku yang dia seorang muslim.
Alhamdulillah, dia macam menjadi kurniaan baru dalam kehidupanku. Kami berkongsi gambar dilaman ‘homepage’nya. Link yang menarik terdapat dalam ‘homepage’nya 99 nama Allah yang tak pernah aku dengar selama ini dan kitab suci Al-Quran.
Aku membaca juz pertama, aku merasa begitu menarik dan aku terus ingin tahu seterusnya. Kemudian aku mencari terjemahan Al-Quran dalam bahasa Jerman. Kenalanku itu seorang muslim bernama Abdul Rahman tidak tahu mengenai perkara ini.
Setelah beberapa lama aku memberitahu kenalaku, Abdul Rahman yang aku sedang membaca Al-Quran. Abdul Rahman begitu gembira mendengarnya. Beberapa minggu kemudian Abdul Rahman telah berpindah daripada USA ke Macedonia dan dia berjanji akan terus berhubungan.
Alhamdulillah, Abdul Rahman menepati janjinya dan aku merasa begitu gembira dapat terus berhubungan dengannya terutama di masa aku berada dalam keadaan yang kurang baik. Aku merasa takut dan sering berdoa. Aku beruseha untuk tingkatkan pengetahuan mengenai Islam. Walaupun kami terpisah jauh namun dia sering memberikan nasihat dan galakkan.
Kepercayaan dan keyakinan baru aku telah membuatkan aku banyak berubah. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpisah dengan suamiku. Aku berazam untuk membina hidup baru walaupun sakit tapi aku yakin Allah dekat dan akan membantuku.
Aku tidak akan lupa suatu hari dimana aku mendapat kekuatan untuk menganut agama Islam. Hari itu anakku berjumpa seekor kucing yang sakit dan kami cuba menyelamatkan kucing itu. Aku berdoakan kepada Allah agar Allah memberikan kehidupan kepada kucing itu.
Tuhan telah mengabulkan doaku dan kucing itu hidup selama seminggu. Suatu malam aku terbangun dari tidur dan aku dapati kucing itu mati, badannya masih panas. Aku merasa teramat sedih dan bertanya Allah, kenapa jadi macam ni?
Malam itu aku tak dapat tidur, tapi keesokan harinya aku menyedari itu semua kehendak Allah. Dia yang memberikan nyawa dan Dialah yang mengambilnya bila-bila masa yang Dia suka. Saat itulah aku mulai sedar bahawa aku perlu menukar agama dengan segera. Tuhan telah memberikan aku tanda tapi malangnya di kawasan itu tidak ada orang Islam.
Untuk mengucap dua kalimah syahadat dan menganut agama Islam aku perlu pergi ke Braunschweig, sebuah bandar di barat Jerman. Aku terpaksa menaiki keretapi, di sana dan berjumpa dengan saudara muslim lelaki dan wanita dan Imam di stesyen keretapi. Ini kerena keretapi aku sampai lewat dan aku tak punya banyak masa untuk ke masjid kerana terpaksa kembali ke rumah.
Akhirnya aku mengucap dua kalimah syahadat di stesyen keretapi dan sebelum itu seorang saudara wanita memberitahuku yang aku akan merasa macam orang yang baru lahir setelah mengucap dua kalimah syahadat.
Benar kata-kata saudara wanita muslim itu aku merasa satu kelainan yang tidak pernah aku rasa. Aku merasakan bagaikan bayi yang baru lahir.
Benar kata-kata saudara wanita muslim itu aku merasa satu kelainan yang tidak pernah aku rasa. Aku merasakan bagaikan bayi yang baru lahir.
Cerita bagaimana Aminah Amatullah seorang wanita Jerman yang hidup dalam masyarakat bukan Islam akhirnya telah memeluk agama Islam. Beliau mengenali seorang teman sekerjanya dan teman internet yang merupakan seorang muslim. Artikel ini di petik dari SUARA MASJID NEGARA, September 2009 dalam bahasa Inggeris dan saya cuba terjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Suara Masjid Negara pula memetik artikel ini daripada islamonline.net.
"Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad)menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk(kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk),akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada seiapa yang dikehendakiNya"(Surah Albaqarah 2;272)
ReplyDelete