PENGAMAL perubatan tidak kira samada klinik kerajaan atau
swasta diingatkan supaya bekerja dengan cukup baik dan lebih teliti kerana
ianya melibatkan nyawa dan anggota pesakit. Harus diingat dengan
kecuaian dan kelalaian pengamal perubatan pesakit mungkin boleh kehilangan
nyawa. Pesakit juga boleh kehilangan anggota atau menjadi cacat.
Apabila pesakit pergi berjumpa dan ingin mendapat rawatan
semak dulu rekod yang terdahulu. Jika sakit yang sama berulang kali maka
pemeriksaan lebih rapi perlu dibuat. Jangan pakai teori yang terdahulu untuk memberikan
ubat yang sama kepada pesakit. Mungkin
betul dan mungkin juga tidak betul teori yang terdahulu.
Menurut Rusni Mahmud, suaminya Abd Razak telah lama mengalami
sakit di kawasan hulu hatinya. Setiap kali pergi berjumpa pengamal perubatan
mereka memberikan ubat gasric , angin dan lain-lain. Dan baru-baru ini apabila
dia melihat keadaan suaminya agak lain maka dia membawa suaminya pergi mendapat
rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).
Setelah pemeriksaan rapi dibuat mendapati ada batu di
hempedunya. Pihak KMC telah membuat dua pembedahan dan kos rawatan lebih kurang
RM18k. Cuba bayangkan kalau Rusni Mahmud
dan suaminya Abd. Razak tidak punya wang dan kemudahan insuran, tidak mustahil boleh membawa maut. Namun
begitu akibat kelalaian pengamal perubatan yang terdahulu suaminya telah
kehilangan hempedu dan mereka kehilangan RM18k dan lain-lain lagi.
Disamping itu Rusni Mahmud sendiri baru-baru ini merasa sakit betis. Beliau telah
pergi menemui pengamal perubatan kerajaan dan swasta biasa, mereka memberi pelbagai andaian seperti sakit urat dan sebagainya tanpa
membuat pemeriksaan yang rapi. Beliau terus merasa sakit jadi berdasarkan
pengalaman yang dilaluinya bersama suami, lalu beliau sekali lagi mendapat
rawatan daripada KMC dan akhirnya beliau disahkan ada jangkitan kuman di situ.
Cuba bayangkan kalau beliau orang biasa dan ada penyakit kencing manis tidak
mustahil kakinya di potong.
Saya sendiri pernah mengalami sakit yang agak pelik kerana apabila saya bangun tidur tiba-tiba
mulut saya herot dan mata saya terjegil
tak boleh berkejib. Saya pergi mendapat rawatan daripada klinik kerajaan,
pegang saya pun tak dan bila saya tanya adakah stroke, pengamal perubatan itu
kata tidak dan tidak memberitahu saya apa penyakit yang saya alami.
Akibat tidak berpuashati dengan rawatan itu kerana saya
bimbang kena stroke lalu saya pergi mendapat rawatan daripada klinik swasta.
Pengamal perubatan telah menjalankan beberapa ujian dan mengatakan penyakit
saya itu bukan stroke tapi di kenali sebagai ‘Bell Palsy’. Beliau menasihati
saya terus mendapat rawatan daripada hospital kerajaan dan melalukan beberapa
perkara kerana menurut beliau penyakit ini tidak ada ubat yang khusus.
Saya balik dan layar internet dan benar penyakit ini tidak ada lagi ubat khusus untuk
menyembuhkannya. Di Amerika Syarikat terdapat lebih 300 ribu orang akan terkena
penyakit ini. Penyakit ini akan baik dalam masa paling awal 3 bulan dan paling
lewat 2 tahun dengan syarat mendapat rawatan yang betul.
Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan dan ada sekali
saya bertanya adakah perlu yang mendapatkan khidmat urutan, pengamal perubatan
itu melarang. Oleh kerana hendak baik
saya terus mendapatkan rawatan daripada mereka dan ikut saja apa nasihat mereka.
Setelah beberapa bulan akhirnya pengamal perubatan merujuk
kes saya ke bahagian mata dan seterusnya saya perlu mendapatkan rawatan
fisioterapi. Saya berulang alik untuk mendapatkan rawatan di kedua-dua bahagian
itu. Pelik bin ajaib apabila saya pergi ke unit fisoterapi mereka mengajar saya
teknik mengurut muka yang perlu saya buat setiap hari. Lantaran itu saya buat
keputusan sendiri dengan mendapat rawatan urut tapak kaki bagi membantu saya merawat sakit yang saya
hadapi.
Cuba fikir saya pernah bertanya pengamal perubatan untuk
mengurut mereka melarang. Cuba bayangkan masa diambil cukup lama untuk
menghantar saya ke unit fisioterapi. Saya yakin jika tindakan menghantar saya
ke unit fisioterapi diambil lebih awal maka sakit saya ini tidak akan
berlarutan.
Persoalannya mengapa harus terjadi semua ini? Pengamal
perubatan perlu lebih peka dan prihatin dalam menjalankan tugas kerana ianya
melibatkan nyawa dan anggota pesakit? Dalam kes yang dinyatakan tadi Rusni Mahmud
dan suaminya Abd. Razak dapat merujuk sakit mereka ke KMC kerana
mereka mempunyai wang dan kemudahan
insuran walaupun agak terlambat tetapi tak terlewat. Dan dalam kes saya kerana
tidak punyai kemudahan insuran dan wang dan terpaksa meneruskan rawatan dengan
hospital kerajaan tapi masih belum bebas sepenuhnya dari sakit ini.
Persoalan yang timbul lagi adakah hanya orang berwang dan
ada kemudahan insuran saja layak menerima rawatan yang terbaik? Jadi orang
biasa atau orang kampung biasa terpaksa meninggal sebelum ajal dan mengalah sebelum kalah (pinjam kata2 Rusni dalam FB).
JESTERU ITU SAYA AMAT BERHARAP JIKA ADA PENGAMAL PERUBATAN YANG MEMBACA ARTIKEL INI AKAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN LEBIH TELITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA JUGA BEHARAP SEKIRANYA TERDAPAT PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN YANG TERBACA ARTIKEL INI MEMBERIKAN PERHATIAN DAN MENYEDIAKAN KOD ETIKA KEPADA PENGAMAL PERUBATAN AGAR NASIB RAKYAT MARHEAN TIDAK MALANG.
JESTERU ITU SAYA AMAT BERHARAP JIKA ADA PENGAMAL PERUBATAN YANG MEMBACA ARTIKEL INI AKAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN LEBIH TELITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA JUGA BEHARAP SEKIRANYA TERDAPAT PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN YANG TERBACA ARTIKEL INI MEMBERIKAN PERHATIAN DAN MENYEDIAKAN KOD ETIKA KEPADA PENGAMAL PERUBATAN AGAR NASIB RAKYAT MARHEAN TIDAK MALANG.
No comments:
Post a Comment