Friday, 21 November 2014

AKHIR ZAMAN MUNCUL SEMULA KAUM NABI LUTH

DULU semasa mula2 mengenali dunia FB yang telah melalui pengalaman diganggu manusia dua alam ini. Akhirnya saya remove seorang demi seorang. dan keadaan jadi reda dan tenang.

Baru-baru ini episod yang sama berulang lagi. Pertama dari sesaorang yang dah lama jadi kawan saya. Saya pernah chating sekali dengan dia dan saya nampak dia mirip kearah itu dan selepas itu saya sudah tidak lagi berminat melayan dia. Dia sering masuk bagi salam... saya jawab dalam hati saja dan tidak respon di chatbox.

Setelah beberapa kali berlaku macam tu akhirnya dia bagi salam dan sent gambar dia. Saya diam dan tidak respon. Dan baru2 ini dia ulangi lagi... lalu saya bertanya untuk apa dia sent gambar dia kepada saya... dia jawab tersilap sent. Saya kata kalau sekali mungkin ya dan dua kali bukan lagi tersilap... lalu saya remove dia.

Esoknya datang lagu seorang... terus approce... mengatakan dia suka tengok saya... bermisai dan berjanggut dan bla...bla... bla. Saya tidak respon sebaliknya merayap ke wall dia... dan saya dapati salah seorang kawan saya ada dalam senarai frenlist dia, dan dia ni juga saya remove.

Saya berfikir panjang untuk menulis bukan tujuan mengaibkan sesiapa kerana saya tidak menyatakan siapa mereka. Saya nak jelaskan yang saya langsung tidak berminat dan saya tak ragu2 akan remove sesiapa saja yang menunjukkan sikap sedemikian.

Saya yakin ramai yang melalui pengalaman seumpama ini tapi mendiamkan diri... jangan diam bagi membendung gejala ini kita perlu ceritakan... supaya golongan ini tidak bermaharajalela di sini.

Gejala ini memang berluasa dalam media social. Malah yang paling menghairankan saya ada golongan ini berselindung di sebalik imej Islam. Terdapat juga yang menggunakan gelaran bapa angkat da nada yang meminta untuk dijadikan anak atau adik angkat. Gelaran itu bertujuan untuk memesrakan perhubungan dan kemudiannya mereka akan memasukan jarum halus mereka mempergaruhi orang yang mereka dekati.




Golongan ini merupakan jelmaan kaum Nabi Luth dulu. Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan .

 Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.

 Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

Sabda pula Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke
atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan

seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

Wednesday, 19 November 2014

PHD, FITNAH HANCURKAN KEKUATAN DAN TEMADUN

HANG TUAH telah dihukum oleh Sultan Melaka tanpa usul dan periksa. Hukuman dijatuhkan setelah Hang Tuah difitnah oleh pembesar negeri yang lain akibat cemburu, hasad dan dengki.

Hang Jebat bangun membela kematian Hang Tuah dengan kata lain menegak kebenaran dan keadilan. Dan Hang Jebat juga akhirnya mati ditangan Hang Tuah. Selepas itu kekuatan dan kepaduan Kerajaan Melayu Melaka hancur sehingga jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugus pada tahun 1511.

BERDASARKAN PERISTIWA INI DIHARAP ORANG MELAYU YANG MENGAKU SEBAGAI ISLAM MENGAMBIL PENGAJARAN DARI PERISTIWA ITU KERANA SEJARAH BIASANYA BERULANG. DI SUDUT AGAM SENDIRI HASAD, DENGKI DAN FITNAH DILARANG KERAS OLEH AGAMA. JADI HENTIKAN HASAD, DENGKI  DAN FITNAH UNTUK MEMBINA SATU BANGSA YANG KUAT.

Janganlah kita hanya mengira kepentingan diri keluarga dan kelompok kita semata2 kerana ianya akan mengundang bencana dan menimbulkan hasad dan dengki. Sedangkan perasaan hasad dan dengki itu dilarang agama.

Firman Allah dalam Surah AlHasyr. Ayat 010 : "dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu".

Apabila timbul perasaan hasad dan dengki pasti akan timbul fitnah. Allah juga melarang keras fitnah. Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud: "….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Muslim)

JADI UNTUK MENJADI SATU BANGSA YANG KUAT... KITA PERLU BERSATU PADU BUANG  SIKAP YANG MEMENTINGKAN DIRI, KELUARAGA SAN SUKU SAKAT JUGA PERASAAN HASAD DAN DENGI YANG PASTINYA MENIMBULKAN FITNAH. BELAJARLAH DARI SEJARAH  KERANA  SEJARAH AKAN BERULANG.

DUNIA INI KECIL

EMPAT tahun lalu ketika saya berpindah ke Padang Serai, saya teringat masa kecil emak dan adik beradik saya yang di panggil Kak Esah selalu juga datang ke Guar Lobak, tapi saya tak tahu rumah siapa. Saya juga teringat adik beradik saya yang terkenal di kampung dengan panggilan Bakar Debok pernah tinggal di situ. Saya ingat dan berazam untuk cari namun saya tidak punya sebarang pertunjuk.

Cuma setiap kali saya jumpa kawan baru di Padang Serai dan dia beritahu tinggal di Guar Lobak, saya akan bertanya samada dia kenal tak Bakar Debok tapi dia telah lama berpindah tinggal balik di kampung sekejab kemudian berpindah ke Kuala Tasek. Tidak ada seorang pun yang kenal!

Lebih kurang sebulan yang lalu ketika saya duduk di kedai minum air dan baca ‘paper ‘ ada seorang berpangkat Pak Cik duduk bersama saya. Kami bersembang dan saya bertanya dia tinggal di mana. Dia memberitahu saya Terap Batu. Lalu saya bertanya dia samada dia kenal tak Pak Ngah Harun, orang terap batu dan berkahwin dengan orang kampung saya. Pak Ngah Harun ini merupakan seorang ustaz, Tok Imam dan Naib Kadi. Dia kenal sangat-sangat dan bercerita mengenai Pak Ngah Harun.

Kemudian saya memberitahunya saya adalah orang Machang Bubok. Pak Cit tu lalu bertanya, rumah saya dekat mana? Saya berkata belakang sekolah, dia terus bertanya saya anak siapa. Saya bertanya balik, dia kenal siapa orang yang tinggal di belakang sekolah. Dia bertanya saya adakah saya tinggal dekat rumah Esah Karim. Ya dekat sangat dan Esah Karim pangkat Kak, saya jawab. Lalu Pak Cit tu memberitahu dia mereka panggil Paksu Mid dan beritahu saya di situ orang panggil Bakar Boroi. Saya memberitahu yang anak saya kahwin dengan orang Terap Batu dan dia memang kenal besan saya.

Tadi kebetulan kami bertemu lagi dan berbual lagi dan sama-sama hendak balik lalu saya memberitahu Paksu Mid yang saya nak ikut kerana nak tahu di mana rumahnya. Bila masuk rumah dan diperkenal, Maksu, isteri Paksu Mid mula bertanya. Dan akhirnya dia ingat Mak saya dan masa dia ke sana dulu saya masih kecil pakai seluar pendek tak pakai baju, putih dan motel orangnya. Saya ketawa…

Moral cerita kalau kita ingat, berazam dan usaha tak payah banyak, sikit-sikit pun tak mengapa, Allah tetap membuka jalan untuk kita memperolihi atau mendapat apa yang kita nak. Dunia ini memang kecil tanpa pertunjuk yang jelas dan kuat orang yang saya ingat dan cari jumpa juga. Alhamdulillah.

Harga Minyak Cakap Benarlah Pak Menteri!


Pada bulan Oktober lepas Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO ada membuat RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK, menurut kerajaan subsidi minyak RON95 dikurangan subsidi sebanyak 20 sen menjadikan harganya 2.30/litre. Manakala diesel pula berharga RM2.20/litre. Kerajaan dikatakan masih menanggung subsidi untuk RON 95 ialah RM0.28/liter dan RM0.32/liter.

HARI INI KERAJAAN TELAH MENURUNKAN HARGA MINYAK RON97 KEPADA RM2.55.

BERDASARKAN PERKEMBANGAN INI MEMBUKTIKAN MEMANG SELAMA INI KERAJAAN BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO TELAH MENIPU DAN MEMPERMAINKAN RAKYTANYA SENDIRI. SEKIRANYA RON97 RM2.55 TAK MENGAPA KITA KATAKAN TIADA SUBSIDI DI BERI MAKA MINYAK INI YANG RAMAI MENGATAKAN LEBIH BERKUALITI ADALAH LEBIH MURAH DARIPADA HARGA MINYA RON95 YANG KUALITINYA LEBIH RENDAH.

HARGA RON95 RM2.30/LITRE + SUBSIDI RM0.28/LITRE = RM2.58/LITRE
HARGA DIESEL RM2.20/LITRE + SUBSIDI RM0.32/LITRE = RM2.52/LITRE

LOGIKKAH , HARGA MINYAK YANG DIKATAKAN KURANG SIKIT MUTUNYA YANG DIGUNAKAN OLEH RAKYAT BIASA LEBIH MAHAL DARIPADA MINYAK YANG BERKUALITI? JELAS SEKALI KERAJAAN BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO MENIPU RAKYATNYA SENDIRI.

Kenyataan Timbalan Menteri
http://www.astroawani.com/…/kisah-minyak-bersubsidi-di-mala…

Saturday, 12 April 2014

APA DAH JADI HARGA DAGING SEGAR NAIK 100%?

HARI ini akhbar Berita Harian mendedahkan menjelang  musim perayaan akan datang, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha DAGING SEGAR dijangka akan naik 100% dimana sekarang dijual dengan harga RM24 – RM 28 sekilo dijangka akan mencecah RM40 sekilo. Bagi mereka yang menyertai korban dan kekurangan wang dinasihatkan untuk siap tabungan untuk membiayai kenaikan kos lembu hidup. APA DAH JADI? MACAM MANA JADI MACAM NI?

Dalam RMK-9 Kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan NFC (National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) ) pada tahun 2008 bertujuan untuk menternak dan mengedar daging segar untuk rakyat negara ini. Disamping menternak sendiri difahamkan NFC menyediakan projek payung mengalakkan penternak kecil menternak dan membekal lembu hidup kepada NFC.



Rancangan yang menarik kerana usaha ini pasti akan mengurangkan kos mengimpot lembu hidup atau daging lembu daripada luar. Lalu pihak kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250 juta dan Geran Kerajaan RM 6 juta. NFC juga di berikan tanah berbentuk pajakkan seluas 5000 ekardi Gemas, Negeri Sembilan kepada NFC.

Berdasarkan namanya NFC sepatutnya menjadi syarikat nasional yang mengeluarkan daging lembu segar tapi telah diserahkan kepada suami Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail. NFC menjadi syarikat milik penuh keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Sayang semuanya hancur dan dan kesannya rakyat terpaksa menanggung akibat. Jika semua ini berjalan dengan baik maka Malaysia akan menjadi “BELANDA TIMUR”.

Monday, 7 April 2014

BETULKAN NIAT


Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dan tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu”.

Setiap Amalan atau perbuatan Bergantung pada NIAT. Apa saja yang kita buat biarlah IKHLAS semata-mata kerana Allah dari sekecil-kecil perkara misalnya membuang pelepah kelapa yang menghalangi jalan hingga perkara yang besar seperti membantu kawan yang menghadapi musibah atau meringgankan bebannya atau meyibarkan risalah Allah dan sebagainya, perlu disertai dengan NIAT kerana ALLAH bukan sebab yang lain. Kita boleh mengatakan memang itu kerana ALLAH tapi hakikatnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat. Begitu jugalah dengan perbuatan-perbuatan lain kalau dibuat bukan kerana Allah akan menjadi sia.

Niat yang ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah atau perbuatan adalah terletak dihati. Niat inilah menjadi ibu dalam semua amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan. Ibadah dan pekerjaan kita akan terbatal dan tidak dipandang oleh Allah s.w.t apabila tidak ada niat atau niatnya menyempang dari tujuan asal.

JESTERU ITU PEBETULLAH NIAT DAN TINDAKAN KITA SUAPAYA KITA TIDAK TERMASUK ORANG YANG RUGI, BUAT PERKARA BAIK TAPI MENJADI SIA-SIA. MISALNYA ORANG BERNIAGA, BARANG SEMUA HABIS ORANG TENGOK LAKU DAN PASTI UNTUNG TAPI UNTUNGNYA ENTAH KE MANA KERANA SILAP PENGKIRAAN.

NAK YANG BAIK-BAIK BELAKA


RAMAI orang pasang niat nak isteri,suami, kekasih hati malah sahabat dan kawan yang baik-baik saja. Jadi pastikan kita juga benar-benar baik. Bukan baik hanya lakonan untuk orang mengatakan kita baik tapi baik yang sebenar.


Firman Allah Surah An Nur ayat 26 : Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

ALLAH TIDAK PERNAH MENIPU KITA. HANYA KITA YANG MENIPU DIRI KITA MALAH ALLAH. JADI KALAU KITA DAPAT ISTERI, SUAMI, KEKASIH, SAHABAT DAN KAWAN YANG TAK BAIK BERMAKNA KITA PUN TAK BAIK MAKA SULUHLAH DIRI KITA SENDIRI.

Sunday, 23 March 2014

ADAKAH TUHAN ADA AKAUN MEDIA SOSIAL?

Saya sering terlihat kawan-kawan FB pos dan tag pelbagai doa di media social. Saya terpangil untuk mengulas setelah terbaca status Murali Abdullah dalam FB yang bertanya untuk apa doa ditulis di FB. Beliau adalah seorang pengarah drama dan saudara baru kita.

Saya Share dan melontarkan pendapat saya mengenai itu. Kali ini saya akan ulas sikit dengan panjang lebar bab doa yang ditulis dalam FB atau media social lain. Kita harus ingat DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN. Doa merupakan permohonan kita kepada Allah Azzawajalla jadi untuk apa kita muat pos dan tag kepada kawan-kawan. Dan kalau kita katakan  senjata, senjata semua di simpan dan di sorot.

JADI PERSOALANNYA UNTUK APA KITA PAPARKAN DOA ITU DI FB MALAH ADA YANG TAG BERJELA-JELA KEPADA RAKANNYA? ADAKAH KERANA KITA INGIN MEMBERITAHU KEPADA ORANG DOA YANG DIBACA? Untuk apa kita hendak memberitahu orang doa yang kita baca? Malah kalau kita berdoa untuk kawan dan tanpa pengetahuannya adalah lebih baik dan lebih mudah dikabulkan Allah.

LAGI SATU PERSOALAN TIMBUL ADAKAH TUHAN MEMBUAT AKAUN MEDIA SOSIAL SEHINGGA PERLU KITA MUATKAN DAN TAG KEPADA RAKAN-RAKAN KITA?
PERSOALAN LAIN, ADAKAH BENAR DOA ITU DIBACANYA KETIKA MEMPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA? Kalau tak kita adalah manusia hipokrit. Jadi apa tujuannya kita muat naik doa itu dan tag kepada kawan-kawan?

MUNGKIN DOA ITU SEKADAR UNTUK MENARIK PERHATIAN RAKAN UNTUK MENYATAKAN KITA, BAIK BERIMAN DAN BERTAKWA  DAN MENULIS KOMEN DI BAWAH STATUS ITU? Kalau inilah nawaitunya maka amatlah kurang baik malah akan menimbulkan riak dan bermegah-megah. Kalau inilah tujuannya hentikanlah perbuatan sia-sia ini. Perbuatan baik tapi memberikan kesan negative terhadap diri kita sendiri.
Harus diingat, doa yang berunsur peribadi  tidak selayaknya didengar oleh orang lain, yang merupakan  privasi seseorang, tidak selayaknya disebarkan. Seperti doa  penyesalan atas perbuatan maksiat dengan menyebutkan bentuk maksiat yang dilakukan. Atau doa yang isinya keluhan masalah pribadi, yang tidak selayaknya diketahui orang lain.

Sabda Rasulullah :
“Setiap umatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali orang-orang melakukan mujaharah (terang-terangan bermaksiat), dan termasuk sikap mujaharah adalah seseorang melakukan sebuah perbuatan dosa di malam hari, kemudian pagi harinya dia membuka rahasianya dan mengatakan, ‘Wahai fulan, tadi malam aku melakukan seperti ini, seperti ini’, padahal Allah telah menutupi dosanya. Di malam hari, Allah tutupi dosanya, namun di pagi hari, dia singkap tabir Allah pada dirinya”. (HR. Bukhari 6069).

Namun begitu doa umum seperti menurunkan hujan, doa pagi dan petang dan sewaktu dengannnya dibolehkan dan tidak ada masalah.

Kalau kita memeohon pekerjaan ada tatacaranya sebelum diterima bekerja. Maka samalah kalau kita berdoa ada adapnya untuk Allah kabulkan doa kita. Kalau  kita tidak mengikuti adapnya maka pasti Allah Azzawajalla tidak akan kabulkan. Kalau kita tahu Allah tidak kabulkan jadi untuk apa kita berdoa di media social.

Doa merupakan salah  satu bentuk ibadah, sesuai dengan sabda Rasulullah saw., ”Doa itu adalah ibadah” (H.R. Tirmidzi). Sebagai suatu ibadah, berdoa hendaknya dilakukan dengan cara yang baik dan benar sebagai berikut.
ANTARA ADAP BERDOA IALAH :-
  1. Berdoa hanyalah ditujukan kepada Allah Swt. semata-mata, tidak boleh kepada benda-benda lain dan tidak boleh melalui perantaraan orang-orang yang sudah meninggal. Berdoa harus langsung ditujukan kepada Allah Swt.
  2. Merendahkan suaranya sekadar dapat didengar sendiri atau orang yang ada di sisinya. Juga Merendahkan diri dan menundukkan hati.
  3. Berdoa harus disertai dengan usaha
  4. Hendaknya meminta yang pantas dan bermanfaat bagi dirinya.
  5. Sebelum berdoa, hendaknya memuji Allah Swt. dan membaca selawat untuk Rasulullah saw.
  6. Memakai bahasa yang sederhana yang menunjukkan kerendahan hati. Lebih baik doa itu singkat dan padat.
  7. Melaksanakan adab batin dalam berdoa yaitu menghadapkan diri sepenuhnya kepada-Nya dan berdoa kepada Allah Swt.
  8. Yakin bahwa doanya akan dikabulkan oleh Allah Swt
  9. Memakan makanan dan memakai pakaian dari yang halal.
  10. Hendaknya memilih waktu-waktu yang mudah dikabulkan doa

JADI BERHATI2LAH DALAM KITA MENULIS DOA DI MEDIA SOSIAL KERANA TUHAN TIDAK ADA AKAUN MEDIA SOSIAL DAN BERDOA ADA ADAPNYA UNTUK DIKABULKAN DOA.  JADI KALAU TUHAN TAK ADA AKAUN DAN PELUANG UNTUK TUHAN KABULKAN DOA ITU TIDAK ADA, JADI UNTUK APA? SUPAYA KAWAN-KAWAN KATA KITA BAIK SELALU BERDOA? KALAU ITULAH NAWAITUNYA BUKAN PAHALA YANG KITA DAPAT MALAH KITA MENANGGUNG DOSA ATAS PERBUATAN YANG BAIK KERANA NAWAITU KITA TIDAK BETUL.

Thursday, 13 March 2014

MISTERI KEHILANGAN MH 370


KINI sudah 6 hari kapal terbang milik MAS MH 370 hilang begitu saja.  Kejadian masih menjadi  satu misteri. Bagaimana kapal terbang yang besar serta canggih boleh hilang begitu saja?

Kalau kapal terbang itu mengalami masalah teknikal dan terhempas di laut pasti ada yang melihatnya kerana perairan Laut Cina Selatan agak sibuk.  Sudah pasti Kapten Zaharie Shah dan Pembantunya Farid Abdul Hamid akan memaklumkan kepada  menara kawalan yang kapal terbangnya mengalami kerosakan. Dan kalau benar ianya terhempas di Laut Cina Selatan dengan segala jentera mencari dan penyelamat pasti boleh dijumpai.

Dan sekiranya ia terhempas didaratan pasti pesawat itu akan meletup dan terbakar dan mudah di kesan. Jadi ke mana menghilangnya kapal terbang itu?  Adakah ia meletup di udara diketinggian 35,000 kaki? Jika ini terjadi dan letupan itu angkara penganas sudah pasti kapten kapal terbang gagal menghubungi menara kawalan. Namun begitu mugkin juga menara kawalan dan mengesan objek yang meletup.

Sekiranya benar terlahan ini sepihan letupan itu tidak akan mudah dan mengambil masa  turun ke bumi kerana udara di atas mengapungkan benda. Sebagai contoh apabila kita menaikan wau dan apabila sudah berada di atas kita tidak perlu lagi menaikannya sebaliknya melepas tali biar ia terus naik.

Dan satu kemungkinan lain mungkin kapal terbang ini dirampas dan dimatikan semua saluran komunikasi dan mendarat di satu destinasi yang tidak diketahui. Perampas bukan bertujuan memeras ugut tetapi mengsabotajkan sesuatu, mungkin sobotaj ekonomi dan sebagainya. Pekerjaan ini didalangi oleh satu kuasa besar. Ini semua serba mungkin.

Apa pun  hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik kehilangan penuh misteri MH 370 ini. Disebalik usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan serta doa dan pengharapan kita agar menemuinya kita perlu mengambil IKTIBAR apa yang berlaku. Rasulullah telah bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaayhi Wassalam juga pernah naik ke atas mimbar dan menyeru dengan suara yang tinggi, "Janganlah kalian menyakiti kaum Muslim, janganlah menjelekkan mereka, janganlah mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudara sesama Muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan, siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun ia berada di tengah tempat tinggalnya." (dari Abdullah bin 'Umar)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim serta Abdullah bin ‘Umar melarang kita membuka keaiban orang. Jadi di sini cuba kita lihat bagaimana selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Dan yang terbaharu kes Liwat ke 2 yang telah di menangi oleh Datuk Seri Anwar telah dibuka dan diputuskan  dengan tergesa-gesa lantaran mengagalkan rancangan “Langkah Kajang”nya. Kita dapat lihat dari awal kes  ini tanpa sebarang prejudis terlalu banyak persoalan yang meragukan. Perkara ini hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Jesteru itu kini dengan Misteri Kehilangan ini mungkin qada Allah Azawajalla kepada negara kita di mana hari ini negara kita mengalami aib di seluruh dunia. KEAIBAN YANG PERTAMA,  BAGAIMANA MEREKA YANG MENGGUNAKAN PASPORT PALSU BOLEH MELEPASI PINTU KELUAR MASUK NEGARA. Ini menunjukkan kelemahan sistem keselamatan di pintu keluar masuk negara.

Misteri kehilangan MH370 membuatkan beberapa negara telah menghantar kapal perang dan selam mereka ke lokasi yang dikenal pasti, sedangan kita tidak menghantar kapal selam Scorpene  yang kita beli dengan harga EURO 1 Bilion. Pihak berkuasa telah memberikan alasan tetapi apa pun alasan pihak lain telah menghantar kapal selam dan perang mereka, mengapa kita tidak menghantarnya? Dan kita boleh menguji keberkesanannya. Saya yakin kapal selam yang kita beli ada masalah untuk digunakan. INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG SELAMA INI  ADA KEBENARANNYA. INI JUGA MENGAIBKAN KERAJAAN YANG MEMPERTAHANKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM ITU. 

Disamping itu penyelarasan maklumat semasa kejadian juga tidak menyakinkan dan ketinggalan. Sedang kita baru mengeluarkan nama dan gambar dua orang warga Iran yang  lolos mengunakan pasport palsu pihak Interpol telah mengeluarkan kedua-duanya. Laporan awal pihak DCA terdapat 5 bagasi yang mana penumpangnya tidak menaiki kapal terbang akhirnya Ketua Polis Negara menafikan. Sedang pihak MAS mengatakan mereka hilang hubungan 1 jam lepas penerbangan pihak tentera mengatakan mereka mendapat signal yang kapal terbang itu berpatah balik. Begitu juga pihak Imigresen menyatakan dua orang Iran itu menggunakan pasport yang sama ketika masuk dan keluar sedangkan pihak Interpol mengatakan mereka menggunakan pasport Iran ketika masuk. Semua maklumat ini gagal diselaras dengan baik membuktikan pengurusan kita menghadapi krisis amat lemah dan memalukan.

Inilah pengajaran yang dapat kita kita ambil iktibar daripada misteri kehilangan MH370 yang masih tidak diketahui dimana dan bagaimana nasib penumpang dan krew penerbangan itu. Kita doakan mereka selamat.